Friday 10 June 2016

KISAH PERJANJIAN KAUM DAYAK DENGAN 'BUJANG SENANG'

Perjanjian Buaya (Bujang Senang) Dengan Kaum Dayak. Operasi Memburu Bujang Sebelak! RH Nanga Sungai Anak, Embol Asum bertekad membalas Dendam.

Buaya Atau dipanggil Bujang Senang mahupun Pelbagai gelaran diberi sudah mampu mengerunkan mangsanya. Seperti kisah oral Yang disampaikan Oleh Orang Iban, Buaya INI ADALAH bersifat pendendam.

Menurut SESETENGAH oral tersebut, bahawasanya Bujang Senang (Buaya Sarawak) ini adalah manusia yang disumpah kerana Telah melakukan Sesuatu Kesalahan Yang Amat Besar.

Kisah Benar Perjanjian Bujang Senang Dengan Kaum Dayak

“Buaya Yang terpanjang dan tersohor di Sarawak ini merupakan Buaya Hitam Putih Yang diberi Nama Bujang Senang. Bujang Senang Menjadi masyhur apabila sekumpulan buaya Jenis ini mengamuk dan membaham Manusia di Sekitar Sungai Batang Lupar, Sri Aman, pada awal Tahun 1990-an.”

Maka Keturunan Bujang Senang Telah Membuat “perjanjian” dengan Masyarakat Dayak khasnya Dayak Iban Bahawa Barang Siapa yang “membunuh” ‘keturunan mereka Maka mereka Juga Akan membalas DENGAN “kematian”. “Perjanjian” ITU Telah dipersetujui Oleh Ketua Masyarakat Dayak Iban DENGAN Ketua Keturunan Bujang Senang . ”

Keturunan Bujang Senang Akan Tetap Memburu “dendamnya” walaupun Hingga Ke Generasi Yang Lain sehingganya Terbalas dendamnya.

Dari kisah oral Yang Lain Juga, Keturunan Bujang Senang (Manusia Yang disumpah Menjadi Buaya) Akan Naik Ke daratan Menjelma Menjadi Seorang Yang Sangat Kacak pada waktu Bulan purnama.

Itulah kisah menarik yang disampaikan oleh Page Facebook Sarawak A Place Like No Other.



Misteri Perjanjian Buaya Dengan Kaum Dayak



Thursday 19 November 2015

JOM SIHAT IKUT CARA RASULULLAH

JOM SIHAT IKUT CARA RASULULLAH

Pernahkah kita terdengar bahawa Rasulullah pernah ditimpa sakit yang teruk?

Sebenarnya Rasulullah banyak memberi contoh kepada kita bagaimana baginda menjalani kehidupan seharian untuk kekal sihat.

Benarlah, menghidupkan sunnah nabi akan memberi banyak kelebihan dan memperbaiki kerosakan. Malah diberi pahala.

Berbalik kepada tajuk asal, bagaimana cara Rasulullah menjaga kesihatan?

Ini adalah cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat.

1# SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan lebih baik bagus jika solat Subuh dilakukan secara berjemaah. Ini kerana solat berjemaah dapat memberikan kita pahala yang berganda.

Hal ini bukan sahaja dapat memberi limpahan pahala, malah kesegaran udara subuh ini bagus terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.


2# RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN ADALAH DENGAN AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Kebersihan menjadi utama dalam kehidupan seharian. Rasulullah sentiasa bersih dan rapi.

Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)

3# RASULULLAH TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

''Mkan sebelum lapar , berhenti sebelum kenyang ''

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

4# RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN DIRI DENGAN GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat.

Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.

Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

5# RASULULLAH TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali.

Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

6# SENTIASA OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.

7# TIDAK PERNAH IRI HATI

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

8# JADILAH PEMAAF

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa.

Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah. Semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.



BENARKAH ORANG ISLAM ITU PENGGANAS ?

BENARKAH ORANG ISLAM ITU PENGGANAS ?

Pengganas ! Satu perkataan yang hari ini digunakan untuk memaksa muslim mengakui apa yang tidak mereka lakukan . Sebuah propaganda yang disebarkan untuk menghakimi bahawa Islam adalah agama yang menyebarkan kekerasan.

Kenyataannya, peningkatan pembunuhan di hampir seluruh negeri-negeri Islam sangat jauh dibawah pembunuhan yang berlaku di Amerika Syarikat sahaja.

Sepanjang abad 20, Kristian Eropah mempunyai rekod prestasi yang sangat mengerikan. Puluhan juta nyawa melayang akibat perang dunia dan penjajahan. Walaupun ada yang menyatakan, peperangan yang dilakoni bangsa Eropah di abad ke-20 tidak dilator-belakangi agama, tapi kerana nasionalisme, kenyataannya nasionalisme dan agama di Eropah berhubungan sangat erat.

Contohnya, raja Inggeris yang merupakan ketua negara, juga menjabat sebagai pimpinan geraja. Sekurang-kurangnya, keadaan ini masih mempunyai arti yang signifikan hingga pertengahan abad 21. Gereja Sweden adalah gereja nasional, yakni gereja kerajaan. Belum lagi di Sepanyol, perang saudara yang dimenangi oleh rejim Francisco Franco sangat menguntungkan pihak gereja. Artinya nasionalisme Eropah sangat erat hubungannya gama -setidaknya hingga pertengahan abad 21-.

Selama abad ke-20, peperangan yang terjadi antar muslim menewaskan dua juta orang. Korban terbesar terjadi pada Perang Iraq - Iran 1980-1988. Kemudian blok Soviet dan non Soviet di Afghanistan. Dan juga kelompok sekular Turki muda yang melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang-orang Armenia. Beberapa di konflik tersebut Eropah juga ambil bahagian menjadi penyebabnya.

Bandingkan dengan Eropah, sekurang-kurangnya jatuh korban 100 juta (hampir setengah penduduk Indonesia) orang hasil dari pembunuhan yang mereka lakukan pada abad ke-20. 16 juta orang pada Perang Dunia I. 60 juta orang dalam Perang Dunia II. Ditambah penjajahan mereka ke benua Asia, termasuk Indonesia. Baca juga sejarah Belgium dibawah pemerintahan Raja Leopold II. Bagaimana kekejamannya saat menjajah Congo. Congo kehilangan setengah dari penduduknya. Dianggarkan 8 juta orang tewas.

Antara tahun 1916-1930, Tsar Rusia kemudian dilanjutkan oleh tentera Soviet, menghadapi gerakan revolusi di Asia Tengah yang tidak mau menerima Kristian dan Marxisme. Orang-orang Eropah yakni Rusia (kemudian Kesatuan Soviet) - membunuh 1.5 juta penduduk Asia Tengah.

Lihatlah apa yang dilakukan Perancis di Algeria pada tahun 1954-1962. Dianggarkan 500,000 hingga 1 juta penduduknya tewas dibantai. Padahal penduduk Algeria ketika itu hanya 11 juta jiwa. Kita boleh terus mendedahkan rekod penjajahan orang-orang Eropah di Afrika dan Asia. Semuanya penuh dengan darah dan pembunuhan manusia. Jika dilanjutkan, boleh jadi kita berubah fikiran. Ternyata lebih dari 100 juta manusia dibantai oleh orang-orang Kristian Eropah pada abad ke-20.

Ada kaedah pembunuhan lain yang digunakan Kristian Eropah terhadap peradaban manusia di dunia. Inggeris memberikan mandate kepada Zionis atas tanah Palestin. Sejak tahun 1940-an tersebut muncullah senjata pemusnah besar-besaran yang bernama negara Israel. Dengan mata telanjang dunia menyaksikan, bagaimana rakyat Palestin dibantai. Tak terhitung jumlahnya sudah.

Di Afrika, ada kumpulan Kristian radikal yang menamakan diri mereka Lord 's Resistance Army (LRA) di Uganda. Walaupun mereka orang Kristian asli Afrika, namun apa yang mereka yakini adalah buah dakwah dari mubaligh Kristian Eropah. Di bawah pimpinan Joseph Kony, LRA banyak melakukan kekejaman. Sekurang-kurangnya 2 juta orang menjadi pelarian akibat gerakan ekstremis Kristian ini.

Kemudian jangan lupa pula dengan apa yang dilakukan para sami Buddha di Burma / Myanmar yang melakukan pembunuhan terhadap muslim Rohingya.



KISAH KEDATANGAN ISLAM DI INDIA

KISAH KEDATANGAN ISLAM DI INDIA

Sebelum kedatangan Islam, berlaku kemerosotan akhlak, nilai-nilai kemasyarakatan, dan keyakinan sangat jelas kelihatan di India. Kemunduran kemasyarakatan ini dapat dilihat sejak abad ke-6 Masihi. Ditandai dengan banyaknya sesembahan dan Tuhan. Tersebarnya perzinaan. (Madza Khasara al-Alam bi Inhithath al-Muslimin oleh Abu Hasan an-Nadwi, Hal: 88).

Wilayah-wilayah di India, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, dan Maldives merupakan komuniti terbesar agama Hindu dan Budha. Ada beberapa berita yang menyebutkan bahawa pengenalan dunia Islam dengan wilayah India telah berlaku sejak zaman Nabi ﷺ. Diriwayatkan bahawa Nabi ﷺ pernah menghantar surat kepada raja India, Raja Malipar. Beliau ﷺ menawarkan Islam kepadanya. Ada pula riwayat yang menyebutkan bahawa Raja Kudunglur (Arab: كدنغلور) mengunjungi Nabi ﷺ di Madinah.

Kemudian di masa Khalifah Rasyidin, utusan-utusan Islam telah mencapai Bombay. Dan di masa Muawiyah, raja pertama dalam Islam ini pernah menghantar pasukan ke wilayah Sindh. Seiring waktu dengan pengenalan wilayah India kian memuncak. Pada masa Abdul Malik bin Marwan, Muhammad bin Qasim datang ke India. Ia memerangi orang-orang India yang mendera kaum muslimah. Bermulalah wilayah-wilayah India dibebaskan. Islam pun diterima masyakarat dan tersebar di sana.

Di masa akan datang, Umar bin Abdul Aziz berjumpa beberapa raja India. Di antara mereka ada yang menerima Islam. Kemudian disempurnakan oleh Hisyam bin Abdul Malik yang berjaya menstabilkan wilayah India.

Di awal kekuasaan Daulah Abasiyah, berlaku rusuhan di negeri Hindustan ini. Kemudian Khalifah Harun al-Rasyid mengangkat sejumlah gabenor berselang-seli memimpin wilayah Sind hingga wilayah India pun tunduk kepada kekhalifahan di Baghdad.

Ketika kekhalifahan mulai lemah, orang-orang India tunduk kepada orang-orang Samani. Salah satu kepercayaan yang meyakini bahawa air dan api adalah benda suci. Hingga datang Mahmud Ghaznawi. Islam pun kembali Berjaya. Sehinggakan raja wilayah Kasymir pun memeluk Islam melalui perantaranya.

Selepas era Dinasti Ghaznawi, India dikuasai oleh orang-orang Dinasti Saljuk. Kemudian Turkman. Selepas itu orang-orang Ghuri. Lalu berganti lagi dikuasai orang-orang Mamalik. Dinasti Mamluk berjaya menjaga India dari serangan Mongol. Selepas itu, India dikuasai oleh Dinasti Khilji yang merupakan orang-orang Turk.

Beberapa lama dikuasai pihak luar, akhirnya orang-orang India kembali memerintah di daerah mereka. Pada masa ini wilayah India terpecah menjadi enam negara. Namun Dinasti Lodi berjaya menyatukannya kembali. Ketika kekuasaan Dinasti Lodi lemah, muncullah Dinasti Mughal. Yang kemudian menjadi salah satu kerajaan Islam terbesar di abad pertengahan. Namun sayangnya, kerajaan ini pula yang menjadi penguasa muslim terakhir di wilayah India yang luas ini.

Raja Mughal yang terkuat adalah raja Jalaluddin. Kekuasannya meliputi seluruh wilayah India, kecuali wilayah ujung selatan. Wilayah selatan ini dikuasai oleh raja-raja Bijapur dan Kalinga yang telah menerima Islam pula. Pada saat itu, muncul seorang Indian yang bernama Vijayankir (Arab: فيجايانكر). Ia berobsesi menyatukan seluruh agama yang ada di India menjadi satu aliran kepercayaan. Dari sini kita ketahui, isu pluralism agama adalah sebuah pemikiran lama yang melambung kembali di abad moden ini.

Di pesisir barat India, orang-orang Portugal mula menunjukkan cita-cita beliau. Belanda menyimpan obsesi. Dan Perancis turut bergerak. Inggeris pun merangkul mereka. terbentuklah sebuah pertubuhan dagang Inggeris di India. Muncullah took-kedai kecil. Kemudian dijaga oleh orang-orang Inggeris. Dari sini terbentuklah tentera yang kemudian. Mulailah terjadi ketegangan antara pribumi, dengan penjajah Kristian Eropah.

Muncullah gerakan jihad di tanah Hindustan. Inggeris pun mula bermain tipu muslihat dengan berusaha memecah belah kelompok-kelompok jihad. Mereka mengadakan konspirasi pemecah belah dengan menyeru agar India lepas dan bebas dari pengaruh asing. Orang asing di sini maksudnya adalah pendatang Islam yang sudah menjadi darah daging dengan penduduk setempat.

Sama halnya dengan seruan saat ini, kempen pemisahan budaya Arab dan budaya tempatan begitu deras dihembuskan. Padahal dari beberapa contoh yang disebutkan tentang budaya Arab adalah Islam itu sendiri.

Akhirnya, India pun jatuh ke tangan penjajah Inggeris.

Untuk membela kepentingan Islam, kaum muslimin mendirikan Hizb Rabithah al-Islamiyah (Muslim League). Dibuatlah sebuah media cetak agar suara umat Islam kian cepat tersebar. Pada perang dunia pertama, umat Islam dijanjikan kemerdekaan. Namun janji tersebut tidak ditepati. Terjadilah pergolakan. Hizb Rabithah al-Islamiyah menuntut agar umat Islam dimerdekakan dan membentuk negara Pakistan. Akhirnya parlimen Inggeris membenarkan umat Islam mendirikan negara Republik Islam Pakistan.

Pada 15 Ogos 1947, Inggeris menyerahkan kuasa secara berasingan kepada India dan Pakistan. Pengisytiharan kemerdekaan tersebut mengakibatkan perpindahan penduduk besar-besaran. Kira-kira 6 juta penganut Hindu dan Sikh keluar dari Pakistan ke India. Dan kurang lebih 8 juta umat Islam berhijrah dari India ke Pakistan.

Sejak saat itu, terbahagi-bagilah wilayah India seperti yang kita lihat sekarang ini. India, Pakistan yang kemudian juga berpecah dan muncullah Bangladesh. Umat ​​Islam kurang lebih berkuasa selama 5 abad di rantau ini. Suka dan duka, kemajuan dan kemunduran, damai dan perang, silih berganti menulis sejarah perjalanan rantau ini.



Monday 24 August 2015

PERKARA PENTING YANG ANDA PERLU LAKUKAN SEBELUM MELANCONG ATAU BERCUTI

PERKARA PENTING YANG ANDA PERLU LAKUKAN SEBELUM MELANCONG ATAU BERCUTI

Sebelum bercuti atau melancong ke luar negara banyak yang perlu di lakukan. Maklumlah bukan senang nak tinggalkan rumah lama-lama. Kalau dekat tak apa sebab kita masih boleh drive dan balik. Tips penting sebelum melancong ini memang menjadi persediaan saya sebelum pergi bercuti ke mana-mana. Ia memudahkan kita memastikan semua perkara penting telah di lakukan supaya percutian berjalan dengan lancar. 

1. Bayar segala bil eletrik, air, talipon dan semua bayaran ansuran bulanan yang telah sampai di tangan kita. Bila dah bayar semua ni baru dapat berjalan tanpa risau fikirkan segala macam bil yang tertunggak.

2. Tempah tiket penerbangan seawal 6 bulan supaya dapat lebih jimat. Lagi awal lagi bagus sebab kita tak tergesa-gesa dan boleh window shopping tengok harga tiket.

3. Jika bercuti di musim sejuk pastikan mesti ada sekurang-kurangnya sepasang baju thermal, sepasang sarung tangan, sepasang stokin bulu kambing, sehelai muffler, sehelai baju sejuk atau sweater, sehelai winter coat dan sehelai baju hujan.

Nak murah beli saja pakaian musim sejuk terpakai atau bundle dan sampai di sana boleh shopping yang baru.

Badan, kaki, tangan sampai kepala kena hangat .Kalau pakai tudung memang ia sangat membantu sebab leher kita pun memang dah terlindung dari angin sejuk. Badan yang sejuk akan mengganggu mood bercuti. Lain-lain seperti penutup telinga dan heat pack (di letak dalam poket baju untuk panaskan tapak tangan) juga kalau ada bawa je.

4. Pakai boot jika ada atau kasut yang tapaknya berbunga jika negara bersalji. Kasut begini mengurangkan risiko terjatuh akibat jalan yang licin. Kos rawatan di luar negara mungkin tak sama atau lebih mahal. Beringat sebelum kena kerana tak seronok cuti masuk hospital. Mengambil insurans perjalanan adalah lebih baik malah premiumnya tidaklah mahal sangat pun.

5. Bawa adaptor dan plug international. Plug negara luar tak sama dengan dalam negara kita. Sesetengah handphone dan kamera terutama semasa musim sejuk akan cepat baterinya mati. Kadang-kadang semalaman caj bateri pun sekejap dah tinggal satu bar aje. Bercuti dan tak dapat merakam gambar-gambar kenangan memang menghampakan.

6. Cetak e-tiket penerbangan anda jika beli secara online. Mungkin dah save dalam handphone tapi macam macam boleh berlaku seperti handphone rosak , kena rampas waktu di pintu masuk, bateri handphone habis dan peraturan imigresen negara luar yang masih mahu melihat tiket perjalanan anda. Jangan susahkan diri kita dengan sesuatu yang menjadi peraturan yang memang kita sepatutnya dah tahu.

7. Sediakan itinerari sebelum melancong ke luar negara. Ia melancarkan program percutian kerana kita tahu ke mana kita nak pergi sepanjang berada di sana. Itinerari juga sangat membantu mempercepatkan proses kita bersoal jawab dengan imigresen. Jangan cuai di sini sebab kalau silap jawab kita mungkin akan tersangkut berjam-jam di depan pintu masuk atau di lihat seperti seorang penjenayah.

8. Book hotel siap-siap sebelum hari anda travel. Jadi anda boleh survey dari awal hotel mana yang murah, lokasi hotel dekat dengan pengangkutan awam dan kedai makan, atau sebaliknya. Biasanya saya survey dan book di HotelsCombined.com, Agoda.com dan Booking.com.

9. Cetak slip tempahan hotel, tiket bus, keretapi, tiket amusement park atau apa saja tiket yang di beli secara online. Jika anda terlupa mencetak, kos mencetak dokumen tersebut walaupun sekeping di lapangan terbang sangat mahal. Slip tempahan ini selalu di tanya oleh pegawai imigresen yang was-was jika anda datang untuk bukan tujuan melancong.

10. Tulis nombor talipon kedutaan Malaysia di negara kita bercuti. Memang penting jika berlaku sesuatu yang tidak di ingini. Simpan nombor ini di handphone dan juga buku nota kecil.

11. Jika anda memang memakai cermin mata, bawa cermin mata walaupun anda rancang memakai kanta pelekap. Cuaca terlampau sejuk boleh menyebabkan mata jadi kering dan kita akan rasa tidak selesa.

Teringat dulu kanta pelekap (contact lense) saya jatuh gara-gara cuaca sejuk. Teraba-raba saya cari sambil diketawakan oleh travel-mate. Nasib baik ada spare. Kalau tak kurang meriah rasanya sebab tak boleh tengok view yang jauh.

12. Simpan ubat dalam satu bekas dan labelkan. Lekatkan senarai ubat di bekas atau plastik tersebut dan hanya tunjuk jika di tanya pada pegawai imigresen.

Ia memudahkan pegawai imigresen memeriksa kerana mereka juga mahu cepat . Selalunya mereka juga akan bertanya samada kita nak declare apa-apa. Tidak perlu sorok apa-apa kerana ia hanya menyebabkan mereka rasa was-was dengan anda.

13. Bawa bekalan makanan yang mencukupi walaupun anda merancang makan di luar. Tidak semua kedai makanan halal senang di dapati di sesebuah negara. Jika ada sekalipun mungkin kedai tersebut tutup, jadual penerbangan berubah dan kita akan kelaparan sementara menunggu kedai makanan halal di buka semula.

14. Jimatkan ruang bagasi dengam membawa peralatan yang jenis multi purpose. Contohnya bawa sudu plastik seperti yang di beri peniaga makanan di gerai-gerai sebab ringan dan boleh di buang jika tiada air untuk di cuci.

Bekas Maggi Cup jangan di buang kerana ia boleh di jadikan sebagai gelas air atau pengganti bekas air. Bawa satu cukup untuk jimatkan ruang beg. Selebihnya bawa maggi yang berbungkus 4 segi dalam plastik.

15. Bawa botol air yang boleh di lipat ke mana sahaja. Botol ni sangat berguna untuk membersihkan diri kerana tandas luar negara rata-rata jenis tandas kering. Jika tidak anda pasti rasa sukar kerana tiada paip air di sediakan di dalam bilik air.

16. Makanan seperti sambal goreng tahan lama. Oleh kerana ia berminyak, masukkan dalam peket plastik kecil yang boleh di gunakan untuk sekali makan. Cara begini kita boleh agak baki makanan yang masih ada. Ia juga lebih praktikal jika kita akan pergi ke beberapa negara lain atau menetap di beberapa hotel atau penginapan.

17. Cecair yang melebihi 100 ml kebiasaannya akan di rampas jika anda membawanya ke dalam hand carry. Kita kadang-kadang terlupa dan membawa air mineral, syampoo serta losyen di dalam hand carry. Sepatutnya barang seperti ini di letakkan di dalam luggage. Beli syampu dalam peket kecik kecik yang ada di jual di kedai runcit yang berharga 50 sen jika masih mahu masukkan dalam hand carry. Ia lebih praktikal.

18. Guna simkad negara yang kita lawati kerana ia lebih jimat dari roaming. Kos roaming sangat mahal dan akan pasti terperanjat bila melihat bill yang sampai walaupun berada di luar negara tak sampai seminggu. Whatssup juga menguntungkan kerana kita boleh buat call dengan percuma. Menurut rakan-rakan saya negara seperti Korea Selatan wifi ada di mana sahaja.

19. Pastikan anda membawa losyen pelembap kulit ketika musim sejuk sebab ia sangat penting tak kira anda lelaki atau perempuan. Kalau lelaki mungkin nampak macam mengada-ngada sebab kena pakai losyen tapi risiko kulit rasa gatal-gatal , merah-merah dan asyik nak menggaru akan buat kita rasa tak selesa.

Losyen minyak zaitun sangat efektif terutama jenama Minsyam dari Syiria. Hati-hati juga ye pernah terjadi pada kawan saya baru-baru ni losyen minyak zaitun yang saya tak tau jenama apa bila sampai di sana ia jadi beku ketika musim sejuk. Hehe.

20. Perbaharui passport anda di pejabat imigresen jika tempoh sah passport kurang dari 6 bulan. Jangan renew passport pada saat-saat akhir kerana kadangkala jika tak bernasib baik kita tak dapat nombor atau sistem pengurusan pejabat imigresen tak dapat berfungsi. Nak renew passport sekarang hari sabtu dan ahad pun dah boleh di sesetengah tempat.

21. Periksa samada negara yang anda bakal pergi memerlukan visa. Tempoh permohonan visa dan tarikh sah laku juga perlu di lihat sebelum melakukan permohonan. Cetak borang permohonan visa mana-mana negara yang boleh di lakukan secara online. Ambil gambar terbaru jika perlu dan bawa lebih ketika ketika memohon.

22. Tukar duit atau matawang asing di pengurup wang sebelum berlepas. Elakkan menukar wang di bank atau di lapangan terbang kerana jumlah yang anda bakal dapat lebih rendah. Ada di sesetengah negara yang kita boleh dapat tukaran wang yang lebih tinggi tetapi ia bergantung pada tempat dan kemudahan untuk menukar wang di negara tersebut. Sedikit matawang asing negara tersebut mesti di bawa bersama untuk mengelakkan kita menghadapi kesusahan menukar wang .

23. Datang awal ke lapangan terbang sekurang-kurangnya satu jam sebelum check in. Kadang-kadang macam-macam boleh berlaku seperti jalan sesak, tak dapat teksi atau kereta rosak sewaktu dalam perjalanan. Rancang pengangkutan yang betul ke lapangan terbang supaya kita tak terkejar-kejar jika ada barang penting yang tertinggal.

24. Bawa sekurang-kurangnya satu atau 2 kad kredit atau kad debit sebagai back up. Ada masa salah satu kad tak dapat di gunakan atas masalah teknikal maka kad lagi satu ada sebagai ganti.Baca kepentingan membawa kad kredit ketika di luar negara di post saya yang terdahulu.

25. Aktifkan kad debit atau kad kredit dengan bank anda sebelum bercuti. Tak susah pun sebab hanya perlu call pihak bank dan maklumkan tarikh kita nak ke luar negara. Selalunya pihak bank akan aktifkan kad kredit atau kad debit kita sehari sebelum kita berlepas dan sehari selepas kita balik ke Malaysia.

Kita juga sebenarnya boleh mengaktifkan sendiri kad kredit atau kad debit menggunakan internet banking seperti di CIMB Clicks dan Maybank2u.

26. Periksa cuaca negara yang kita lawati jika negara tersebut mempunyai 4 musim. Lihat berapa suhu yang di jangkakan di laman web ramalan cuaca kerana ia memberikan kita signal berjaga-jaga.

27. Sebelum menempah tiket kapal terbang lihat samada negara yang anda lawati itu sedang di dalam tarikh cuti awam , cuti kemerdekaan atau apa-apa event yang mereka ada.

Sebagai contoh jika kita ke Vietnam ketika hari kemerdekaan negara mereka sedangkan waktu itu kita mahu memborong pakaian. Kita rugi kerana kedai yang dibuka sangat kurang sebab peniaga masih bercuti dan jika ada sekalipun kita mungkin terpaksa membayar lebih kerana tidak banyak pilihan yang ada.

28. Semak status perjalanan kita dengan imigresen sebelum ke mana-mana. Kalau ada hutang tertunggak dengan kerajaan cukai seperti cukai pendapatan atau PTPTN semak dulu di laman web imigresen.

29. Ketika di lapangan terbang, jangan sekali-kali meninggalkan bagasi kita tanpa sebarang pengawasan. Jangan juga kita terlalu baik hati memberi pertolongan menjaga beg orang lain yang tidak kita kenali kerana jika ada barang terlarang silap haribulan anda merengkok dalam penjara.

30. Sediakan duit secukupnya untuk sepanjang anda berada di luar negara samada di tangan atau di dalam akaun. Duit perbelanjaan keluarga dan kad ATM juga harus di peruntukkan jika kita pergi bukan dengan family.Bila kita tinggalkan keluarga dengan duit yang mencukupi hati kita rasa senang.

Semoga tips ini membantu anda sebelum bercuti . Selamat bercuti !