Thursday, 20 August 2015

RAHSIA MERAWAT PENYAKIT KENCING TAK LAWAS

RAHSIA MERAWAT PENYAKIT KENCING TAK LAWAS

Jangan ingat orang yang kencing tidak lawas hanya berlaku pada orang tua. Orang muda juga ada yang kena. Cepat-cepat hubungi doktor jika mengalami masalah ini. Sebagai alternatif, boleh cuba petua yang kami kongsikan ini.

1. Guna daun sirih
Rebus beberapa helai daun sirih. Apabila mendidih, minum air rebusan sirih berkenaan dua kali sehari.

2. Guna biji barli
Rebus sedikit biji barli sehingga kembang dan minum airnya. Ianya dapat melegakan sekiranya ada rasa sakit akibat kencing tidak lawas dan selain itu ianya juga dapat menyejukkan badan.

3. Guna buah nenas
Ambil sebiji nenas yang kurang masak, Kupaskan bahagian kulitnya. Apabila siap, bersihkan dan hiris kepada beberapa potongan.

Ambil beberapa potongan nenas tersebut dan kisarkan bersama beberapa gelas air. Tapis air tersebut dan minum airnya. Amalkan 2 kali sehari sehingga pulih.

4. Guna air basuhan beras
Ambilkan air basuhan beras yang terakhir apabila selesai membasuh beras, kemudian tuangkan ke dalam sebiji gelas.

Minum air basuhan beras tersebut selepas makan tengahari. Amalkan setiap hari sehinggalah masalah kencing tidak lawas anda itu sembuh.

5. Tanggal semua termasuk seluar
Ketika membuang air kecil, tanggal semua termasuk seluar dalam agar penyaluran kencing mengarah ke bawah dan lancar, sehingga tidak ada air kencing yang tertinggal di dalam pundi kencing.

6. Anda boleh buat Squat Jump.
Apakah itu Squat Jump? Ia adalah satu exercise dimana perlu membongkok kemudian berdiri jinjit secara berulang-ulang kali.

Lakukan sebanyak 50 kali pagi dan 50 kali petang. Senaman ini adalah bertujuan untuk memperkuatkan otot-otot pada bahagian punggung penghidap.

7. Perbanyakkan senaman berjalan kaki.

Bagaimana mencegah dari kencing tak lawas? Menurut portal Kementerian Kesihatan, myhealth.gov.my, berikut adalah antara yang dicadangkan:
  • Minum air dengan secukupnya.
  • Amalkan gaya hidup yang sihat dengan mengurangkan makanan berlemak dan meningkatkan pengambilan buah-buahan.
  • Mendapatkan berat badan yang unggul dan mengelakkan kegemukan
  • Bersenam selalu
  • Mengurangkan stress
  • Melakukan hubungan seksual yang sihat dan selamat. Elakkan dari mendapat penyakit kelamin dengan mengelakkan hubungan seksual rambang. Penyakit kelamin seperti gonorrhea menyebabkan radangan dan jangkitan prostat dan salur air kencing.
  • Jaga kebersihan diri dan persekitaran untuk mengelakkan jangkitan.
  • Elakkan kecederaan di kawasan perineal seperti semasa berbasikal dan menunggang kuda
  • Jangan tahan air kencing
  • Elakan pengambilan alkohol berlebihan kerana ia boleh memburukkan lagi gejala masalah kencing
  • Bejumpa doktor sekiranya mempunyai sebarang gejala masalah kencing.

Bila kencing pun senang dan lawas, ibadah solat juga lebih tenang.!



DOA UNTUK MEMDIDIK ANAK MENJADI YANG TERBAIK

DOA UNTUK MEMDIDIK ANAK MENJADI YANG TERBAIK

Ibu bapa yang terbaik akan sentiasa mendoakan anaknya menjadi yang terbaik. Oleh hal yang demikian, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan didikan agama yang sempurna diberikan yang secukupnya kepada anak-anak mereka.

Biarlah kita mendidiknya dari kecil lagi. Supaya kelak, dia membesar nanti dengan didikan agama. Semoga doa terbaik untuk anak-anak ini dapat dijadikan panduan untuk semua.

1. Doa untuk melembutkan hati anak yang degil

Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ash-Syura ayat 19

“Allah Maha Lembut takdir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) terhadap hamba-hamba-Nya. Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya(menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”.

Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. Insya-Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izin Allah. Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur.

2. Doa untuk anak lembut hati, pintar dan soleh

Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang.

Atau baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5, diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali. Doanya, ‘Ya Allah, lembutkanlah hati anakku(sebut namanya), seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. (sebut namanya)”. Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.

3. Doa untuk menangani anak lasak dan nakal

Amalkan ayat 40 dari Surah Ibrahim yang bermaksud :

“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.”

Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud :

“Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.”

4. Doa supaya anak rajin  kerjakan solat

Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ibrahim ayat 40-41.

“Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat.  Ya Tuhan kami perkenankanlah doaku.  Ya Tuhan kami beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab(hari kiamat).

Doa ini seeloknya dibaca selepas solat, atau setiap kali teringatkan anak.  Amalkan membaca doa ini InsyaAllah anak-anak akan utamakan solatnya.

5. Doa anak taat perintah Allah

Supaya anak taat perintah Allah boleh amalkan doa ini :

Surah Al-Baqarah ayat 128.

“Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah)  di antara anak cucu kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami dan terimalah taubat kami ini.  Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang”.

Amalkan dan bacalah doa ini setiap kali selepas solat.

6. Doa agar anak dengar kata

Amalkan membaca Surah Al-Anbiya ayat 69.

“Kami berfirman, Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatan bagi Ibrahim”.

Atau Al-Hasyar ayat 22-24

“Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.  Dialah  Allah yang tiada Tuhan selain Dia, raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, yang memiliki segala keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.  Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, yang mempunyai Hasmaul Husna, bertasbih kepadanya, apa yang ada di langit dan di bumi, dan Dialah Yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana”.

7. Doa memohon rahmat dan keberkatan

Jika surah-surah di atas telah diamalkan, ibu bapa juga dituntut untuk meminta rahmat dan keberkatan dalam setiap yang dilakukan supaya hasilnya akan lebih baik.  Bolehlah amalkan surah di bawah ini.

Surah Al-Imran ayat 8-9

“Mereka berdoa, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan, sesudah Engkau memberi pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami, rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Kurnia.  Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia, untuk menerima pembalasan pada hari yang tak ada keraguan padanya.  Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji”.

Hanya kepercayaan dan doa sahaja yang dapat menjadi pendinding kepada anak-anak supaya terhindar daripada gejala sosial.



Sunday, 9 August 2015

RAHSIA BIBIR MERAH DAN CANTIK SEMULAJADI

RAHSIA BIBIR MERAH DAN CANTIK SEMULAJADI

Wajah yang cantik berseri bukan sahaja hanya pada kulit yang putih dan gebu , malah bibir juga memainkan peranan penting dalam menyerikan wajah anda. Bibir yang kusam dan tidak bermaya tentunya akan menyebabkan wajah lesu dan tidak bermaya. Apakah petua memerahkan bibir? Adakah cara memerahkan bibir tanpa apa-apa produk?

Kami ada jawapannya. Berikut adalah tips-tips penjagaan bibir supaya sentiasa kelihatan merah dan menawan.

1. Gunakan madu
Tips memerahkan bibir yang pertama ialah dengan menggunakan madu. Madu merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Nilai khasiatnya sangat tinggi dari dalaman badan hingga luaran. Untuk memerahkan bibir, sapukan pada bibir hingga merata kemudian biarkan ianya meresap kepada bibir selama 15 hingga 20 minit.Setelah itu, basuhlah dengan air biasa atau suam. Lakukan rutin ini 3 atau 4 kali dalam seminggu. Insya-Allah, dalam beberapa minggu, bibir anda akan kelihatan cerah dan kemerahan.

2. Gunakan limau nipis
Tips memerahkan bibir yang seterusnya ialah menggunakan limau nipis. Limau nipis juga dapat mengurangkan hitam di bibir anda, kerana ianya kaya dengan Vitamin C. Caranya ialah perahkan air jus limau sebanyak 2-3 sudu kecil, dan bancuhkan bersama air suam. Sapukan pada bibir dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Setelah itu, bilaslah dengan air suam. Lakukan sebanyak 1-3 kali sehari.

3. Sapu minyak zaitun
Selain itu, tips memerahkan bibir yang lain ialah dengan menyapu minyak zaitun. Minyak zaitun juga membantu dalam memerahkan bibir. Campurkan minyak zaitun dengan sedikit gula, kemudian sapu pada keseluruhan bibir dan tunggu beberapa minit. Selepas itu, urut keliling bibir secara perlahan dengan arah lawan jam, kemudian bilas sehingga bersih.

4. Sapu air mawar sebelum tidur
Letakkan kelopak mawar ke dalam air dan kemudian sapukan air mawar ke seluruh bibir. Lakukan sebelum tidur dan jadikan ia rutin harian. Tips memerahkan bibir ini sesuai dilakukan sebelum tidur malam. Jangan mahu tidur sebentar waktu tengahari, mahu pakai juga!

5. Sapu minyak kacang badam sebelum tidur
Kacang badam atau hazelnut mempunyai kandungan Vitamin E yang tinggi. Ianya dapat memerahkan bibir secara semulajadi. Sapukan minyak badam sebelum tidur. Ianya juga dapat meningkatkan kelembapan bibir. Selesai mencuba tips memerahkan bibir ini, jangan lupa gosok gigi!

6. Letak mentega
Sapukan mentega pada bibir setiap kali hendak masuk tidur.

7. Sapukan kunyit
Kunyit juga dapat memerahkan bibir secara semulajadi. Campurkan serbuk kunyit dengan 1 sudu susu. Kemudian sapukan pada bibir selama lebih kurang 5 minit, kemudian bilas dengan air.

8. Gunakan avocado
Kisar 50 gram buah avocado sehingga halus menjadi serbuk, kemudian titiskan 2-3 minyak zaitun dan campurkan menjadi adunan. Sapukan adunan tersebut pada bibir. Biarkan selama 6 minit dan bilas menggunakan air bersih. Lakukan sebelum tidur.

9. Gunakan daun ketumbar
Kisar 2 tangkai daun ketumbar dan campurkan dengan air hingga sebati. Sapukan pada bibir dan biarkan selama 20 minit. Kemudian bilaskan dengan air suam.

10. Hiris timun dan letak pada bibir
Timun juga dapat memerahkan bibir secara semula jadi kerana khasiatnya yang tinggi. Caranya ialah dengan menghiris timun nipis-nipis dan letakkan ke atas bibir anda. Biarkan selama beberapa minit kemudian bilaslah dengan air.

11. Blend buah bit dan letak pada bibir
Bukan mudah untuk jumpa buah bit. Cuba pergi ke pasaraya besar atau di tempat yang ramai expat tinggal. Buah bit merupakan buah yang kaya dengan kandungan vitamin dan berwarna merah. Vitamin dan warna inilah yang dapat membuatkan bibir anda menjadi merah dan lembap. Caranya adalah dengan mengisar buah bit sampai menjadi halus. Letakkan kisaran buah bit di atas bibir dan biarkan selama 25 minit. Setelah itu, bilaslah bibir anda dengan air bersih. Lakukan setiap hari sehingga bibir anda menjadi kemerahan.

Pendek kata, jalanilah kehidupan yang lebih sihat dan tanpa stres, jauhilah rokok dan juga jaga tidur dengan cukup kerana ianya akan memancarkan kecantikan seri anda dari dalam, dan juga secara luaran. Selamat mencuba.



BAHAN SEMULAJADI YANG MEMBANTU MEMUTIHKAN KULIT

BAHAN SEMULAJADI YANG MEMBANTU MEMUTIHKAN KULIT

Sebelum ini kami kongsikan Cara Untuk Menghilangkan Parut Jerawat ,kali ini kami ingin kongsikan cara untuk memutihkan kulit secara semulajadi. Cara ini bukan sahaja boleh digunakan di wajah , malah kita boleh gunakannya untuk seluruh tubuh badan kita. Oleh itu, di bawah ini kami senaraikan beberapa pilihan yang ada, supaya anda boleh melakukan eksperimen sehingga anda jumpa yang terbaik untuk anda.

1. Minum air masak
Banyakkan minum air masak (bukan air bergula)
Pertama sekali iaitu merupakan perkara asas yang sepatutnya diberi perhatian penting tetapi kita selalu ambil mudah adalah pengambilan air yang mencukupi. Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari bagi memastikan sistem dalaman anda dapat berfungsi dengan baik. Badan kita perlukan air sebanyak itu setiap hari bagi membantu dalam menggantikan sel-sel yang mati dan terutama sekali kulit kita juga akan kelihatan putih jika ia diamalkan.

Perasan atau tidak, penjual water filter lebih arif tentang ini. Mereka sudah lama tahu, dengan minum air bersih, ia satu cara memutihkan kulit yang paling asas. Bila kandungan air cukup, kulit jadi cantik. Jangan malas-malas minum air lagi.

2. Guna air beras
Seterusnya adalah dengan menggunakan air beras. Ramai yang tahu bahawa beras atau nasi adalah makanan ruji kita, tetapi berapa ramai yang tahu bahawa air beras boleh digunakan untuk memutihkan kulit secara semulajadi? Dengan hanya berendam menggunakan air beras selama 15 minit sehari dan lakukannya dua kali sehari; anda boleh lihat kulit anda lebih putih dalam masa beberapa minggu. Selepas ini, jangan buang terus air berasa. Gunakan ia sebagai salah satu cara memutihkan kulit.

3. Guna limau nipis
Petua ketiga cara memutihkan kulit adalah dengan menggunakan limau nipis. Hiris sedikit sebiji limau dan sapukan ke permukaan kulit dan pastikan air limau tersebut mengenai bahagian tubuh yang anda ingin putihkan dan biarkan selama 30 minit ke 1 jam. Ia boleh diamalkan setiap hari dan perubahan dapat dilihat dalam masa beberapa minggu.

4. Guna lidah buaya
Lidah buaya atau lebih dikenali sebagai ‘aloe vera’. Anda boleh cuba amalkan menyapu sedikit lendir lidah buaya tersebut pada kulit sebelum tidur kerana ia bukan sahaja boleh memutihkan, malah melicinkan kulit. Amalkan setiap malam dan anda pasti boleh lihat kemujarabannya dalam masa beberapa bulan.

5. Guna biji tomato
Cara memutihkan kulit yang nombor lima di dalam senarai ini adalah dengan menggunakan biji tomato. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan meratakan air suam ke bahagian kulit dan potong buah tomato tersebut kepada menjadi separuh atau 2 bahagian.

Ambil tomato yang telah dipotong tersebut dan cicahkan dengan gula kemudian gosokkan ke permukaan kulit anda dan biarkannya selama 5-10 minit. Sebiji tomato boleh digunakan sebanyak 2 kali, oleh itu lakukannya sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu malam. Bukan sahaja mencerahkan kulit, akhbar Kosmo membawa laporan bahawa ada 11 lagi keajaiban tomato yang ramai orang tidak tahu.

Bonus: Tips terakhir cara memutihkan kulit secara semulajadi adalah dengan mengelakkan diri dari terdedah dengan sinaran matahari. Mungkin tidak semua orang dapat melakukannya kerana ia bergantung kepada kerjaya seseorang individu tersebut.

Tetapi jika boleh, sila kurangkan dari berjemur di tengah panas di bawah sinaran matahari yang terik kerana sudah semestinya jika anda selalu terdedah; kulit anda akan bertukar kehitaman secara semulajadi kerana tindakbalas kulit anda dengan sinaran matahari tersebut.

Tidak perlu guna produk yang mahal, ubat-ubatan atau suntikan. Bahan semulajadi sudah cukup. Sampai di sini sahaja tips dan cara memutihkan kulit dari kami.

Selamat mencuba!



CARA EFEKTIF HILANGKAN PARUT JERAWAT

CARA EFEKTIF HILANGKAN PARUT JERAWAT

Jerawat merupakan satu masalah yang sering kita hadapi. Tidak kira jantina dan peringkat umur jerawat pasti akan hadir dalam hidup kita. Tetapi parut jerawat ialah masalah paling besar untuk kita hadapi. Kulit muka putih tidak cukup cantik sekiranya masih ada parut jerawat di wajah. Tentu sekali pipi tidak licin dan tidak menarik. Mari kita lihat apa cara hilangkan jerawat yang efektif.

1. Guna kulit kayu manis dan bedak sejuk
Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus. Kemudian, campur serbuk kayu manis itu dengan bedak sejuk. Jangan lupa untuk tambah air.

Bila sudah siap, lumurkan pada tempat parut pada wajah. Lakukan sekerap mungkin. Lama-kelamaan parut akan pudar dan hilang. Petua ini juga dikatakan sesuai untuk hilangkan bintik hitam pada muka kita.

2. Guna lidah buaya (aloe vera)
Kaedah ini lebih semulajadi; tetapi susah sedikit sebab tidak mudah untuk mencari bahannya bagi sesetengah orang. Petuanya ialah dengan menggunakan daun lidah buaya. Ambil daun lidah buaya dan belah daun supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir daun lidah buaya pada parut. Lakukan tiga kali dalam seminggu. InsyaAllah, parut akan hilang.

3. Guna asam jawa
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Sapukan ramuan asam jawa tuh pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. InsyaAllah, setelah beberapa lama, parut mulai pudar.

4. Guna madu
Mula-mula ambilkan sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.

5. Guna timun
Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.

6. Guna daun senduduk
Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.

7. Guna daun sirih muda
Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

Alternatif lain

Jika guna rawatan tradisional juga tidak menjadi, boleh juga cuba kaedah moden. Rawatan semulajadi memang bagus, cuma kesannya agak lama untuk direalisasikan. Kaedah moden dapat menghilangkan bekas jerawat dengan cepat dan mudah.