Showing posts with label KECANTIKAN. Show all posts
Showing posts with label KECANTIKAN. Show all posts

Sunday, 9 August 2015

RAHSIA BIBIR MERAH DAN CANTIK SEMULAJADI

RAHSIA BIBIR MERAH DAN CANTIK SEMULAJADI

Wajah yang cantik berseri bukan sahaja hanya pada kulit yang putih dan gebu , malah bibir juga memainkan peranan penting dalam menyerikan wajah anda. Bibir yang kusam dan tidak bermaya tentunya akan menyebabkan wajah lesu dan tidak bermaya. Apakah petua memerahkan bibir? Adakah cara memerahkan bibir tanpa apa-apa produk?

Kami ada jawapannya. Berikut adalah tips-tips penjagaan bibir supaya sentiasa kelihatan merah dan menawan.

1. Gunakan madu
Tips memerahkan bibir yang pertama ialah dengan menggunakan madu. Madu merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Nilai khasiatnya sangat tinggi dari dalaman badan hingga luaran. Untuk memerahkan bibir, sapukan pada bibir hingga merata kemudian biarkan ianya meresap kepada bibir selama 15 hingga 20 minit.Setelah itu, basuhlah dengan air biasa atau suam. Lakukan rutin ini 3 atau 4 kali dalam seminggu. Insya-Allah, dalam beberapa minggu, bibir anda akan kelihatan cerah dan kemerahan.

2. Gunakan limau nipis
Tips memerahkan bibir yang seterusnya ialah menggunakan limau nipis. Limau nipis juga dapat mengurangkan hitam di bibir anda, kerana ianya kaya dengan Vitamin C. Caranya ialah perahkan air jus limau sebanyak 2-3 sudu kecil, dan bancuhkan bersama air suam. Sapukan pada bibir dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Setelah itu, bilaslah dengan air suam. Lakukan sebanyak 1-3 kali sehari.

3. Sapu minyak zaitun
Selain itu, tips memerahkan bibir yang lain ialah dengan menyapu minyak zaitun. Minyak zaitun juga membantu dalam memerahkan bibir. Campurkan minyak zaitun dengan sedikit gula, kemudian sapu pada keseluruhan bibir dan tunggu beberapa minit. Selepas itu, urut keliling bibir secara perlahan dengan arah lawan jam, kemudian bilas sehingga bersih.

4. Sapu air mawar sebelum tidur
Letakkan kelopak mawar ke dalam air dan kemudian sapukan air mawar ke seluruh bibir. Lakukan sebelum tidur dan jadikan ia rutin harian. Tips memerahkan bibir ini sesuai dilakukan sebelum tidur malam. Jangan mahu tidur sebentar waktu tengahari, mahu pakai juga!

5. Sapu minyak kacang badam sebelum tidur
Kacang badam atau hazelnut mempunyai kandungan Vitamin E yang tinggi. Ianya dapat memerahkan bibir secara semulajadi. Sapukan minyak badam sebelum tidur. Ianya juga dapat meningkatkan kelembapan bibir. Selesai mencuba tips memerahkan bibir ini, jangan lupa gosok gigi!

6. Letak mentega
Sapukan mentega pada bibir setiap kali hendak masuk tidur.

7. Sapukan kunyit
Kunyit juga dapat memerahkan bibir secara semulajadi. Campurkan serbuk kunyit dengan 1 sudu susu. Kemudian sapukan pada bibir selama lebih kurang 5 minit, kemudian bilas dengan air.

8. Gunakan avocado
Kisar 50 gram buah avocado sehingga halus menjadi serbuk, kemudian titiskan 2-3 minyak zaitun dan campurkan menjadi adunan. Sapukan adunan tersebut pada bibir. Biarkan selama 6 minit dan bilas menggunakan air bersih. Lakukan sebelum tidur.

9. Gunakan daun ketumbar
Kisar 2 tangkai daun ketumbar dan campurkan dengan air hingga sebati. Sapukan pada bibir dan biarkan selama 20 minit. Kemudian bilaskan dengan air suam.

10. Hiris timun dan letak pada bibir
Timun juga dapat memerahkan bibir secara semula jadi kerana khasiatnya yang tinggi. Caranya ialah dengan menghiris timun nipis-nipis dan letakkan ke atas bibir anda. Biarkan selama beberapa minit kemudian bilaslah dengan air.

11. Blend buah bit dan letak pada bibir
Bukan mudah untuk jumpa buah bit. Cuba pergi ke pasaraya besar atau di tempat yang ramai expat tinggal. Buah bit merupakan buah yang kaya dengan kandungan vitamin dan berwarna merah. Vitamin dan warna inilah yang dapat membuatkan bibir anda menjadi merah dan lembap. Caranya adalah dengan mengisar buah bit sampai menjadi halus. Letakkan kisaran buah bit di atas bibir dan biarkan selama 25 minit. Setelah itu, bilaslah bibir anda dengan air bersih. Lakukan setiap hari sehingga bibir anda menjadi kemerahan.

Pendek kata, jalanilah kehidupan yang lebih sihat dan tanpa stres, jauhilah rokok dan juga jaga tidur dengan cukup kerana ianya akan memancarkan kecantikan seri anda dari dalam, dan juga secara luaran. Selamat mencuba.



BAHAN SEMULAJADI YANG MEMBANTU MEMUTIHKAN KULIT

BAHAN SEMULAJADI YANG MEMBANTU MEMUTIHKAN KULIT

Sebelum ini kami kongsikan Cara Untuk Menghilangkan Parut Jerawat ,kali ini kami ingin kongsikan cara untuk memutihkan kulit secara semulajadi. Cara ini bukan sahaja boleh digunakan di wajah , malah kita boleh gunakannya untuk seluruh tubuh badan kita. Oleh itu, di bawah ini kami senaraikan beberapa pilihan yang ada, supaya anda boleh melakukan eksperimen sehingga anda jumpa yang terbaik untuk anda.

1. Minum air masak
Banyakkan minum air masak (bukan air bergula)
Pertama sekali iaitu merupakan perkara asas yang sepatutnya diberi perhatian penting tetapi kita selalu ambil mudah adalah pengambilan air yang mencukupi. Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari bagi memastikan sistem dalaman anda dapat berfungsi dengan baik. Badan kita perlukan air sebanyak itu setiap hari bagi membantu dalam menggantikan sel-sel yang mati dan terutama sekali kulit kita juga akan kelihatan putih jika ia diamalkan.

Perasan atau tidak, penjual water filter lebih arif tentang ini. Mereka sudah lama tahu, dengan minum air bersih, ia satu cara memutihkan kulit yang paling asas. Bila kandungan air cukup, kulit jadi cantik. Jangan malas-malas minum air lagi.

2. Guna air beras
Seterusnya adalah dengan menggunakan air beras. Ramai yang tahu bahawa beras atau nasi adalah makanan ruji kita, tetapi berapa ramai yang tahu bahawa air beras boleh digunakan untuk memutihkan kulit secara semulajadi? Dengan hanya berendam menggunakan air beras selama 15 minit sehari dan lakukannya dua kali sehari; anda boleh lihat kulit anda lebih putih dalam masa beberapa minggu. Selepas ini, jangan buang terus air berasa. Gunakan ia sebagai salah satu cara memutihkan kulit.

3. Guna limau nipis
Petua ketiga cara memutihkan kulit adalah dengan menggunakan limau nipis. Hiris sedikit sebiji limau dan sapukan ke permukaan kulit dan pastikan air limau tersebut mengenai bahagian tubuh yang anda ingin putihkan dan biarkan selama 30 minit ke 1 jam. Ia boleh diamalkan setiap hari dan perubahan dapat dilihat dalam masa beberapa minggu.

4. Guna lidah buaya
Lidah buaya atau lebih dikenali sebagai ‘aloe vera’. Anda boleh cuba amalkan menyapu sedikit lendir lidah buaya tersebut pada kulit sebelum tidur kerana ia bukan sahaja boleh memutihkan, malah melicinkan kulit. Amalkan setiap malam dan anda pasti boleh lihat kemujarabannya dalam masa beberapa bulan.

5. Guna biji tomato
Cara memutihkan kulit yang nombor lima di dalam senarai ini adalah dengan menggunakan biji tomato. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan meratakan air suam ke bahagian kulit dan potong buah tomato tersebut kepada menjadi separuh atau 2 bahagian.

Ambil tomato yang telah dipotong tersebut dan cicahkan dengan gula kemudian gosokkan ke permukaan kulit anda dan biarkannya selama 5-10 minit. Sebiji tomato boleh digunakan sebanyak 2 kali, oleh itu lakukannya sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu malam. Bukan sahaja mencerahkan kulit, akhbar Kosmo membawa laporan bahawa ada 11 lagi keajaiban tomato yang ramai orang tidak tahu.

Bonus: Tips terakhir cara memutihkan kulit secara semulajadi adalah dengan mengelakkan diri dari terdedah dengan sinaran matahari. Mungkin tidak semua orang dapat melakukannya kerana ia bergantung kepada kerjaya seseorang individu tersebut.

Tetapi jika boleh, sila kurangkan dari berjemur di tengah panas di bawah sinaran matahari yang terik kerana sudah semestinya jika anda selalu terdedah; kulit anda akan bertukar kehitaman secara semulajadi kerana tindakbalas kulit anda dengan sinaran matahari tersebut.

Tidak perlu guna produk yang mahal, ubat-ubatan atau suntikan. Bahan semulajadi sudah cukup. Sampai di sini sahaja tips dan cara memutihkan kulit dari kami.

Selamat mencuba!